Heyyy gais!!!
Post yang paling dinanti-nantikan. Thank you untuk sokongan anda..dalam masa 3hari 5k share di page backpackerz. Trip kami biasa sahaja, tapi yang luar biasa adalah trip nie disertai 13 gadis..rombongan cik kiah nieh. Kesian pada supir kami yang terpaksa layan perangai gila-gila kami. Kalau korang nak travel, ingat lah satu quote nie "as with any journey, who you travel with can be more important than your destination"...hehehe...travel memang seronok, tapi paling seronok bila korang dapat partner yang best!
Inilah 12 gadis yang paling saya sayang..yang buat sampai sekarang saya tak boleh move on dengan trip nie...thank you korang! nanti plan next trip ok :)
|
dari kiri : syuhada (syu), bushra (bush), me (yan), zuriati (uya), sarah kamal (sarah), ainin sofea (ainin), mira hamim (mira), anis nabila (anis), hanim, ainul mardhiah (ainul), alya syazwani (alya), nisa azman (cha), farihin (ein) |
Nahhh itinerary ringkas untuk trip kami..
ITINERARY JOGJAxBANDUNG JULY 2017
*Jogja*
Day 1
Tamansari water palace = 15k
Kilang Jogja tshirt (souvenir tshirt)
Malioboro street (souvenir )
Mkn tepi jalan (angkringan)
Day 2
Jurang tembelan = free
Hutan pinus = 2.5k
Water tubing goa pindul = 180k
Pantai timang = 50k (ojek)
Ss waroeng
Day 3
Phuntuk setumbu Sunset = 35k
Candi borobudur (student price)=195k
Gunung merapi =90k ,360k utk satu jeep
Ss waroeng
*Bandung*
Day 4
Pasar baru (shopping)
Factory outlet (shopping)
Bakso malang
Gedung sate
Jalan asia afrika
Day 5
Grafika cikole Hobit =15k
The Lodge maribaya = 20k + Zipbike 20k = 40k
Floating market = 20k
Farmhouse lembang = 25k
Cihampelas walk (shopping)
Pesona (shopping )
Day 6
Kawah putih =100k
Glamping lakeside
Tea plantation
Eigers
Wong solo
Day 7
Mcollection (shopping)
Trans studio
Pasar baru
Kartika sari (confectionary and cake house)
Total up :
Transport + acco = 1, 310000 rp / RM422
Entrance tickets = 752, 500 rp / RM242
Flight ticket (return) = RM200
Total =
RM 864 (exclude shopping & makan)
YOGYAKARTA
1. Tamansari water palace (15k)
Bangunan bersejarah Kraton Yogyakarta yang bermaksud taman yang indah. Bangunan nie memiliki keunikan yang tersendiri. Ambil masa yang lama jugak untuk tour tamansari nie...boleh sesat...hehe
|
belanja selfie satu.. |
|
sumur gumuling |
|
pintu masuk taman sari |
2.Malioboro street (shopping)
Nak advise sikit sesiapa yang nak plan ke jogja..hope korang book hotel yang area malioboro street nie, sebab senang nak shopping. Kat sini souvenir boleh dapat murah contoh baju 5 helai dalam 100k atau selipar ada tulisan jogja dalam 15k sepasang. Untuk yang pandai bargain, gunakan kelebihan yang korang ada kat sini..tawarlah sampai anda puas hati..sebab penjual-penjual nie tak kisah kalau korang nak bargain.
3.Jurang Tembelan (free)
Tempat yang sesuai untuk yang suka bergambar. View dekat sini sangat cantik and korang boleh pilih spot untuk bergambar. Spot untuk bergambar ada dalam enam tempat so bergambarlah sepuas yang mungkin. Kalau tak puas hati boleh repeat balik sebab free je takde entrance ticket. Jangan sampai memory phone phone full sudah...hehehe
|
kawan baik sejak dari tadika lagi |
|
*sending love* |
3. Hutan Pinus Mangunan (2.5k)
Kebetulan hari yang kami pergi ramai sangat -sangat orang, rupa-rupanya bila saya tanya local people, di Indonesia masih lagi cuti sekolah (cuti raya diorang lebih kurang tiga minggu tau )..heaven betul cuti sekolah lama macam tu...hehehe.. so kalau boleh korang elak laa pergi time kat sana cuti sekolah. Satu, sebab ramai sangat sampai sesak and nanti susah korang nak carik tempat untuk bergambar..semua full..hehe
|
acah acah candid laa tuu |
3. Goa Pindul (180k)
Puas hati dengan trip cave tubing nie! best sangat... First korang akan dibawa masuk ke dalam goa pindul dengan tube dan guide akan cerita sedikit sebanyak tentang gua pindul. Untuk ke gua pindul nie korang kena naik 4wd sekali dengan pelampung korang tu. Lepas habis water tubing dekat goa pindul, korang naik 4wd lagi untuk tubing di sungai. Best water tubing dekat sungai nie, korang boleh chill je and ada macam mini waterfall sekali. Nak terjun dari waterfall pun boleh, request je dekat guide yang bawak korang tu. Entry untuk toilet adalah 2k (mostly semua toilet harga nie) kalau korang nak tukar baju and mandi. Aktiviti water tubing ambil masa lebih kurang dua jam so korang plan lah itinerary korang sebaik yang mungkin.
|
water confident kononnya |
4. Pantai Timang (50k untuk ojek)
Haruslah diingatkan tempat- tempat menarik yang nak explore kat jogja nie semua jauh-jauh. Dari satu tempat ke satu tempat tu ya ampun jauh wehhh. Plan lah perjalanan korang sebaik mungkin yea. Kami sampai pantai timang nie agak lewat dan untuk ke pantai timang nie korang kena naik ojek bayaran dalam 50k seorang. Permandangan dekat sini memang sangat-sangat cantik dan boleh buat korang terpikir macam mana lah diorang boleh jumpe tempat secantik pantai timang nie. Harga untuk naik gondola 200k untuk seorang yea.
|
kalau ada album..nie lah cover album kami |
5. Punthuk Setumbu (35k)
Yang pernah tengok AADC 2 mesti familiar dengan tempat nie. Punthuk setumbuk nie ada macam broga hill laa sesuai untuk tengok sunrise atau sunset. Dalam 15 ke 20 minit korang boleh sampai puncak dan menikmati view sekitar. Dari puncak boleh nampak gereja ayam (pun ada dalam AADC 2 jugak) dan borobudur. Time kami sampai puncak, 10 minit tunggu di puncak tiba-tiba hujan...huhuhu takde rezeki kami nak tengok sunrise...
7. Candi Borobudur (195k student price)
Borobudur merupakan kuil Buddha Mahayana terbesar di dunia. Tiket masuk untuk tourist dalam 350k, dan kalau ada student card boleh dapat harga 195k. Memang crowded sangat disebabkan masih lagi cuti sekolah dan kebetulan kami pergi hari Ahad pulak tu. Dekat kawasan luar Borobudur nie boleh jugak beli souvenir harga pun lebih kurang sama dengan dekat Malioboro street. Pandai - pandailah korang bargain yea.
8. Merapi Volcano Tour (90k)
Ada tiga jenis pakej yang boleh pilih (short,medium,dan long) kami pilih yang short je itupun dalam 2 jam lebih sebab tangkap gambar pun dah sejam...hahaha...harga untuk satu jeep dalam 360k bahagi dengan empat orang so seorang dalam 90k sahaja. My advise macam mana pack pun jadual korang dekat Jogjakarta, janganlah korang buang trip nie dari itinerary korang. rugi sangat wehhh!!!Kami semua setuju aktiviti paling best yang buat kami susah nak move on adalah dekat sini. Korang akan dibawa menggunakan jeep lalu di kawasan yang terkena erupsi merapi pada tahun 2010 dan diakhiri dengan bunker kaliadem. Lepas habis tour dapat air free, boleh pilih nak yang mana but for me mestilah teh botol!hehehe
|
alien stone |
|
driver jeep aka photographer kami |
BANDUNG
1. Pasar Baru & Factory Outlet (shopping)
Bandung nie dikenali dengan syurga shopping. Supir kami bawak pergi pasar baru hari first datang Bandung. Memang complete! Dari kain telekung, kain sulam, lace, kain batik, kain pasang semua ada! Kalau takde time limit rasanya dari pagi sampai lah malam boleh duduk shopping dekat sini kecuali kalau duit dah abis. Tapi kat sini ada money changer and ATM cimb so takde masalah la...hehe...Factory outlet pun banyak dekat Bandung nie dan dekat-dekat je semuanya. Korang seberang jalan je untuk ke factory outlet yang lain.
2. Gedung Sate
Gedung ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang ada di kota Bandung. Dikenali sebangai gedung sate kerana mempunyai ciri khas pada menaranya yang menyerupai sate. Kami datang untuk bergambar je sebab tak dibenarkan masuk dalam.
3. Jalan Asia Afrika
First time lalu sini korang akan rasa seram dan takut sebab hantu memang berkeliaran sampai tiba- tiba ada yang datang terus cermin van. Lagi korang takut lagi lah hantu-hantu akan kacau. Part paling kelakar time supir suruh turun dari van tapi semua taknak turun sebab takut punya pasal. Sebenarnya tak semua pakai kostum hantu, ada yang kostum naruto, frozen and macam- macam lagi. Untuk bergambar bayar 2k, memang akan ada tabung dekat depan hantu- hantu tu. Kalau time stress ke nak release tension boleh la datang sini..hehehe
4. Grafika Cikole ( 15k)
Grafika cikole nie adalah tempat perlancongan, restoran dan penginapan yang terletak 1400m dari aras laut. Dekat sini pun ada hutan pinus dan bagi yang nak bermalam boleh stay di sini (dari khemah sampailah ke hotel ada tau). Kami beli tiket masuk 15k dan tiket tu kami redeem untuk main flying fox. Sebenarnya boleh redeem untuk flying fox, masuk strawberry farm atau dapat free gift. Semua 13 orang pilih flying fox..kami sukakan cabaran..kihkihkih...Banyak pilihan aktiviti yang korang boleh buat dekat sini bergantung dengan pakej yang korang beli tau. View dekat kawasan nie semua cantik- cantik so semua tempat rasa macam nak bergambar.
5. The Lodge Maribaya (20k)
Perjalanan dari Grafika Cikole ke The Lodge agak dekat boleh sampai dalam 30minit. Apa yang boleh saya katakan, The Lodge sangat sesuai untuk instagrammer sebab semua tempat cantik untuk bergambar. Untuk naik zipbike kena bayar 20k seorang. Nampak happy je naik basikal tu, tapi kami beratur dalam satu jam untuk naik, so kalau korang boleh pilih tarikh jangan lah pergi time cuti sekolah. Kami tak cukup masa nak buat aktiviti yang lain sebab nak ke destinasi seterusnya..sedih jugaklaa..Akan ada photographer yang tangkap gambar and korang boleh beli gambar tu..satu keping 10k..takkan di print tapi diorang transfer guna Share it..Oh ye! tiket masuk the lodge tu korang boleh redeem air.
|
berlumba meuju ke hati awak #ciaciacia |
6. Floating market Lembang (25k)
Nak beli makanan dekat sini korang kena tukarkan duit kepada coin coupon. Saya try sate arnab..kuah kacang dia nice sangat!!!Kawasan floating market nie memang luas..nak ke pintu keluar pun boleh sesat tau. Photo spot kat sini boleh tahan jugaklah dan kat sini korang boleh ambil gambar dengan pakaian tradisional Korea & Jepun. Tiket masuk jangan buang yea...boleh redeem air. Chocolatte dia sedap!!
7. Farmhouse Lembang (25k)
Kami sampai di farmhouse dalam pukul 6.00pm dan tempat nie tutup pukul 7.00pm. Kami cuma ada masa sejam untuk explore. Kawasan feveret saya semestinya mini zoo, kebetulan masa saya lalu diorang tengah lepaskan kambing biri-biri, comel sangat!hehehe...Dekat sini ada rumah hobbit dan ada jugak Locks of Love ala-ala dekat Korea tu.
8. Kawah Putih (100k)
|
#friendshipgoals gittewww |
Boleh menangis weh tengok view kat sini!!! Cantik yang teramat dengan awan pun membantu dalam mencantikkan gambar kami..hehehe...Datang sini kalau tak nak spend duit beli mask, korang bawaklah mask sendiri atau tutup dengan tudung ke jaket ke. Bau belerang kat sini memang kuat dan korang takkkan boleh spend time lama sebab susah nak bernafas and akan sakit dada. Puas bergambar dekat sini, lagi best sebab saya dapat kawan- kawan yang pandai cari angle and port untuk bergambar...kalau tak tak dapat lah gambar padu macam nie ( bangga laa diorang nie bila saya puji ..hehehe).
9. Glamping Lakeside & Kebun Teh Rancabali (20k)
Dekat glamping lakeside ada satu restoran iaitu, Pinisi Resto dan restoran ini berbentuk kapal yang betul- betul terletak di bukit yang berhampiran Situ Patenggang. Waktu kami datang memang time lunch, ramai sangat yang makan dekat sini, view dia memang win! Harga makanan memag agak pricey sikit. Glamping lakeside pun ada sediakan penginapan kalau nak bermalam di sini. Lepas tu, kami singgah di kebun teh Rancabali untuk bergambar sekejap ( sekejap kami tu dalam sejam tau..hehe)
|
ig : margojoyotour |
Soalan yang selalu kena tanya di fb dan ig (FAQ):
1. Khidmat supir yang kami gunakan?
Untuk khidmat supir korang boleh whatsapp +62 818 0988 4240...mas Maman dan mas Redza.... supir kami sporting habis tau...hehehe..Dia akan explain tempat-tempat yang korang pergi, boleh jadik photographer korang jugak tau. Korang just plan itinerary, nanti supir akan adjust balik tempat yang patut korang pergi dulu dan yang patut pergi kemudian. Search je Hadiman mbts Holiday di Facebook dan Instagram.
|
Mas Maman |
|
Mas Redza |
2. Daripada Jogja ke Bandung naik apa? Berapa jam perjalanan?
Kami gunakan khidmat supir yang sama dari Bandung ke Jogjakarta, bukan guna train. Memang plan awal nak naik train tapi tak jadik...hehehe...lebih kurang 9-10 jam jugak dari Jogja ke Bandung.
3. Sepanjang travel menginap di hotel mana?
Waktu di Jogjakarta kami stay di Jasmine Homestay. Not bad lah cuma wifi agak slow. My advise kalau nak book hotel book yang dekat dengan malioboro street. Di Bandung kami stay di Orangehouse. Kebetulan time kami pergi wifi pulak rosak..tak boleh nak update kat instagram...hehehe..book guna booking.com jee.
4. Sis makanan dekat sana okay ke?
Okay jer. Kami memang bawak bekalan megi dan roti. Ada jugak try nasi gudeg (makanan tradisional Yogyakarta), nasi padang, tapi yang paling win mestilah makan dekat SS Waroeng. Kedai makan feveret kami nie sampaikan dua malam berturut-turut kami makan kat sini cuma kami pergi cawangan lain-lain. Kat sini banyak pilihan sambal dari yang kurang pedas sampai lah yang paling pedas. Saya pilih sambal paling pedas sampai habis dua gelas ais kosong. Yang bestnya tak kena charge kalau tambah nasi, free je!hehehe..
|
nasi gudeg |
|
menu waroeng ss |
5. Sis pegi ramai - ramai takde masalah ke?tak complicated ke?
Takde masalah pun. Bila cakap dekat orang yang saya pegi travel 13 orang...ramai yang tak percaya. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semuanya.
Kalau nak tengok vlog boleh tengok dekat ig or fb...tak dapat upload kat blog sebab lebih limit. So jumpa nanti next post gais! bye