Monday, 20 February 2017

COMBO EVENT @ PAYA GUNUNG, JERANTUT PAHANG

COMBO EVENT @ PAYA GUNUNG, AWESOME TRIP EVER!!!

Heyyy gais!!! Masih tak boleh move on dengan trip weekend lepas dekat Jerantut, padu sangat trip kali nie!Trip kali nie aku join trip ecoadventura. Kawan baik aku yang gigih ajak join sebab dia pun selalu join group nie pegi mana-mana trip. Aku selalu nak pegi trip cancel laa ade hal laa tapi kali nie menjadi.


my bestfriend!

So korang tau dekat mana paya gunung? Paya Gunung nie terletak kat Jerantut, Pahang. Kalau dari KL masuk je highway keluar Temerloh and masuk Jerantut.Dah masuk Jerantut lepas tu terus je nanti kena masuk kanan untuk ke Kampung Paya Gunung. Waktu aku pegi  tengah ada pembinaan ruma PR1MA kat situ. Terus je sampai laa kau sendiri akan nampak peak paya gunung tu. Tengok map kat bawah nie lagi korang paham.


credit :www.climb.my



Dalam pukul 8.00 am jugak kami start and kena divide sebab bukan satu event je, 4 event wooii. Divide group ada yang pegi rock climbing, caving and hiking and abseiling. Rock climbing  punya route ada level untuk beginner and yang dah expert laa. Aku nie tahap-tahap newbie jeeee. Menggigil-gigil jugak laa tangan sebab bukan selalu buat aktiviti macam nie.


             

                                     



Second aktiviti hiking ngan abseiling. Hiking  memang dah biasa tapi kali nie rare sikit sebab ada via ferrata and orang guide cakap nie first kat semenanjung. Apa itu via ferrata? laluan yang ada rel and cable yang melekap kat batu. Aku bagi maksud simple nak yang betul-betul carik kat google.Ibarat macam jadik spiderman melekat kat dinding bangunan tinggi, sekali pandang bawah perghhh!! Antara via ferrata paling famous of course lah dekat Gunung Kinabalu. Paya gunung is the first ferrata trail dekat semenanjung and 2nd in Malaysia. Apa yang buat aku lagi bangga kitorang first group yang experience first peak via ferrata dekat sini!! *muka bangga kejap*



ig : orix_hyuga
                                       




ig : s.fura
muka steady lah konon
                                                                                               





Dah sampai peak puas selfie kena turun bawah  dengan cara abseiling.Bila nak start abseiling tu yg resah gelisah tu tapi bila hanging nak turun tu rasa best macam nak repeat lagi sekali je..hahaha



abseiling time!
                         


dari italy diorang nie




Aktiviti last aku buat adalahhh caving ! Tak lama sangat pun caving dalam 30 minit macam tu jee tapi kami stay lama duduk dlam tu off light biar gelap untuk amik mood, gelap bakhang! Kena hati- hati sebab ada tempat yang agak licin sebab ada air lalu and ada tempat yang kena merangkak atau jalan itik, pilih la yang mana korang lagi expert..hahaha sebab laluan dia agak sempit. Bila keluar dari gua tu rasa macam dah masuk tahun baru dah. Nak lagi mencabar kalau caving nie kena try dekat merapoh, merangkak dengan ada air mengalir lepas tu siap ada air terjun dalam gua tuu. Takde gambar sangat dalam gua almaklumla gelap gelita apa je yang nampak..hehehe

Add caption
                                               
Thank you ecoadventura buat event macam nie! puas ati dengan trip nie plus dengan perangai gila-gila. Hope dapat join lagi event lepas nie kalau tarikh event lain cun. So yang nak follow trip boleh  follow media sosial diorang nie! Nanti mula laa komen tak ajak tak ajak kat ig aku. Aku block jeee nanti.hahaha


 
                         
ig : ecoadventura
facebook: ecoadventura
email: ecoadventura@gmail.com



Esok pagi bangun mak aiii sakit satu badan...hahaha dah laa isnin keje. Bertabah je laaa. okayy gais!!!cukup sampai disini. See u on the next post! Bubye!

















Thursday, 5 January 2017

TADOM YANG AWESOME



















Heyyy gais!!! Now im back with a new post about TADOM HILL RESORTS. Seriously aku memang dah fall in love sangat dengan tempat nie. Ramai jee yang dah serbu tempat nie and memang viral kat semua page pasal tadom nie. Tak tau tempat takpe waze kan ada, aku dah sediakan alamat kat bawah nie.

Lokasi :Bukit Tadom, Kg Labohan Dagang, 42700, Banting, Selangor D.E.

Waktu operasi: Isnin - Ahad (10.00am-6.45pm)

Harga untuk daypass: Dewasa : rm20 (weekdays) rm23 (weekend)
                               : Kanak-kanak rm15 (weekdays) rm18 (weekend)


Kalau anda masih tak puas dengan daypass boleh jer kalau nak bermalam kat sini. Kat bawah nie antara pilihan untuk korang bermalam

bamboo hut
chalet


kawasan perkhemahan

 hammock

Chalet, khemah and even hammock pun ada kalau korang nak bermalam. Bergantung pada bajet masing-masing lah. Kalau ada event tadom nie boleh jadi tempat pilihan sebab boleh mandi-manda, boleh berBBQ, kira perfect lah untuk buat event yang santai-santai.Contoh macam team building atau pun korang boleh buat pre wedding photoshoot dekat sini. Nak tau lebih lanjut boleh buka laman web atau email tadom hill.

                        surau

toilet & tempat mandi




Bagi aku kemudahan kat sini memang lengkap dengan adanya tandas dan tempat mandi, kafe dan surau.Complete! Time aku pergi weekdays so memang tak ramai orang. Ada member aku pegi weekend memang tak boleh masuk sebab terlampau ramai. Limit kat sini 400 orang pada satu masa.

Everything dekat sini semua dari buluh. Kalau nak snap pic cantik-cantik bawak lah gopro tapi gunalah floating pole, kalau tenggelam memang tak dapat carik sebab takkan nampak *namapun tasik bukan kolam renang*. Kalau yang daypass nak mandi puas- puas datang lah pukul 10 pagi lepastu balik pukul 6, baru puas hati. Yang nak information lebih boleh komen kat bawah nie or boleh jee visit laman web tadom. Dah try day pass lepas nie nak try bermalam pulak dekat sini..hehehe














Thursday, 25 February 2016

Kedai Makan yang anda boleh cuba jika anda di Kuantan

Hey gais!3 bulan duduk kat Kuantan dan nie lah waktu paling lama dapat duduk rumah. Yeah 4kg berat naik setelah menganggur dengan jayanya.Ok kalau nak tau banyak kedai makan best kat Kuantan nie cuma kita kena rajin explore. Tempat orang rajin pulak kita explore tapi tempat sendiri. Nanti orang tanye takdelah kita gagap nak jawab. So bila dah baca nie bolehlah anda try.

1.Lilawadi

Duduk Kuantan macam tak logik kalau tak tau pasal Lilawadi. Lilawadi nie antara tarikan dekat Kuantan dan antara menu yang ada adalah Western dan Thai fusion.BBQ pun ada jugak and of course mango cheesecake kegemaran ramai pun ada.

*drooling*
cawangan Teluk Sisek
cawangan Indera Mahkota


Address : A-637 Jln Teluk Sisek 25000 Kuantan *cawangan utama*
              : B41 Jalan Indera Mahkota5/1 26200 Kuantan

Opening Hours : 5pm - 12am (Selasa - Ahad)

Instagram : lilawadi

2. Kulacakes

Tempat kalau nak chill dengan udara yang menyegarkan serta desserts yang perghh memang dekat sini. Kulacakes nie anak beranak Lilawadi and dekat sini cuma ada kek dan air je takde makanan berat. Kalau nak celebrate birthday dia charge rm1 je untuk tulisan *happy birthday* tu.


ggrgg
ig:kulacakes



Address : A-96 Jln Besar, 25000 Kuantan
           
Hours : 1pm - 9pm (Selasa - Ahad)

Instagram : kulacakes

3. Kotak Kalam & Co

Makanan Western dekat sini memang sedap dengan pilihan menu yang banyak sampai rambang mata tak tau nak order yang mana. Cuma dulu waktu aku pegi lambat sikit makanan sampai sedangkan waktu tu ada 2-3 meja je yang ada customer dan makanan yang kawan aku dapat customer lain punya sebab si pelayan salah hantar .Kami pun cakap nie bukan menu yang kami order and si pelayan pun ambil balik makanan. Mungkin waktu aku pegi silap timing kot sebab lepas pada tu ok je. #jangankecamsaya


ig : kotakkalam
my favourite
Address : A-87 Jln Teluk Sisek, 25000 Kuantan
         
Opening Hours : 5pm - 12pm (Rabu - Isnin)

Instagram : kotakkalam

4. Jaman Tory Resipi

gambar: ig jamantory
Calling for penggemar makanan tradisi Pahang memang wajib datang kat sini. Kecur air liur tengok patin bakar tempoyak dia. Kebanyakan artis yang datang Kuantan selalunya akan singgah kat kedai nie. Tak tau jalan waze kan dah ada moh kita ke jaman tory!

Address : A- 15 2/3 IM2, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
       
Opening Hours : 12pm - 1.30am (Sabtu - Khamis)

Instagram : jaman_tory_resepi

5. Akar kopi


enjoying our coffee time




Yang gemar melepak tempat nie memang sesuai untuk anda. Suasana yang sangat harmoni dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau *macam tak percaya aku yang taip* kalau lepak memang akan berterusan lepak. Dah nama pun akar kopi so kat sini memang air kopi yang ada.

Address : Jln Besar, Kuantan (antara bank OCBC dan bank UOB)
   
Opening Hours : 4pm - 3am (Selasa - Ahad)

Instagram : akar.kopi


5. 90 Degrees Cafe & Art


Terletak di Jalan Air Putih, 90 Degrees Cafe & Art menjadi tumpuan ramai bagi peminat coffee di Kuantan. Kafe nie ada dua bahagian iaitu depan dan belakang. Ruang di belakang adalah ruang yang boleh untuk merokok. Tingkat atas di kafe ini pulak ada tempat untuk galeri seni. Yang paling interesting, kafe nie banyak kali korang pegi pun ada je benda yang diupgrade contoh macam tempat makan dihias lebih cantik dan menarik untuk pelanggan.

mocha

Address : B882, Jln Air Putih, Kuantan
     
Hours : 10am - 11pm (Isnin - Khamis)
           : 10am - 12am (Jumaat - Ahad)
           : Tutup pada hari Rabu

Instagram : 90degreescafe


6.MINT
mix grill
ig : mintktn














MINT adalah sebuah restoran, event venue dan yang menariknya kalau nak buat beach wedding pun boleh jugak tau kat sini. Menu kat sini pun banyak pilih je nak apa tapi yang paling jadi perhatian adalah mix grill yang boleh makan 4-6 orang *meletop perut kalau makan sorang*.

Address: Pantai Balok, Kuantan

Hours : 5pm - 12 am (Selasa - Jumaat)
           : 3pm - 12am ( Sabtu - Ahad )

Ig : mintktn

7. Blackwall Kitchen
ig : blackwallkitchen
Kedai ni sangat sesuai yang nak sambut anniversary, nak sambut birthday dan yang nak candlelight dinner. Pakej yang disediakan sangat menarik dan boleh pilih yang mana anda suka dari yang murah, sederhana dan yang mahal. So boleh lah pilih pakej mana yang sesuai untuk anda. Nak lebih detail boleh like fb diorang (blackwall kitchen).

Address: Taman Shahzan, IM Kuantan

Opening Hours : 8pm - 11pm (Isnin - Ahad)

Ig: blackwallkitchen


8. Rajawali Art Gallery

Yang minat bergambar memang wajib pergi sini. Pizza dekat sini memang laku dan yummy sangat harga pun berbaloi. Dah penat bergambar boleh lah order pizza dengan aiskrim pasu. Pizza seni bidadara cepat sold out so kena order cepat-cepat, boleh telefon untuk tempahan.



pizza seni bidadara


Address : Rajawali Art Gallery (bersebelahan Sk Cenderawasih)


9.Kafe Bocca

Scroll ig kafe bocca pun dah boleh buat rasa terliur. Menu yang disediakan dekat sini memang banyak macam masakan panas, western, desserts and kat sini ada port untuk shisha.


gambar: ig kafe bocca
best blackpeppper sauce in town

Address : A1998, 1st floor Lorong Sri Kuantan 47, Jln Beserah, Kuantan

Opening Hours : 5.30pm - 2am ( Isnin- Sabtu)

Ig : kafebocca

9. Burgerak

burrito

Paling tip top paling win paling recommend dekat sini adalah burito. Burito nie asal dari Mexico dan Burgerak dah ubahsuai ikut selera anak tekak orang kita. Menu lain pun ada jugak kalau nak tau lebih lanjut boleh scroll ig diorang.

Address : B-1927 Jln Beserah, Kuantan, Phg

Opening Hours : 10am - 11.30pm (Isnin - Sabtu)

Ig: Burgerak


10. Whims Cafe

red chicken carbonara

 Peminat tegar kucing? Dialu-alukan untuk pergi kafe ni. Whims cafe adalah kafe di Kuantan yang ada kucing - kucing yang anda boleh kalau nak gomol nak manja - manja. Hari tu memang dah parking depan kedai sekali tutup rupanya aku pegi hari Selasa *tutup hari Selasa*. Konfiden sangat pegi ingatkan hari Rabu.


meowww


Address : B60, Lorong IM15/8, Indera Mahkota, Kuantan

Hours : 2pm - 12am (Rabu - Isnin)

Ig : Whims_ktn


11. 4s bike spa bistro cafe




Korang rindukan garage51 di KL? Jangan risau sebab kat Kuantan pun dah ada air yang menggedik menggoda mengada nie. Menu pun penat selak sebab banyak sangat..hehehe. Yang carbonara aku try hari tu agak kering sikit.

Address : No 46, Jln Putra  Square 7, Putra Square, 26100 Kuantan

Hours : 12pm - 12am (Isnin - Sabtu)

Ig : 4sbikespabistrocafe

12. Streetz Cafe

Beberapa kali pergi, aku respect dengan customer service kafe ni. Memang tiptop! Try usha ig streetzcafe tengok gambar-gambar makanan memang kalau boleh nak masuk dalam phone tu. So far aku try memang tak mengecewakan.
Add caption
Add caption

Address : B - 588 Tingkat Bawah, Jln Beserah, 25350, Kuantan

Hours : 12.30pm - 11pm (Jumaat open 3pm)

Ig : streetzcafe


13. Brotherhood western and grill

Portion makanan dekat sini agak banyak untuk aku *jenuh jugak nak abiskan* tapi depends pada individu lah kan. Harga makanan memang berbaloi dengan portion makanan, memang puas hati!


Add caption















Address : A73, Lrg IM15/19,Indera Mahkota, Kuantan

Opening Hours : 3.30pm - 10.30pm (Selasa - Ahad)

Ig : brotherhoodwesternandgrill


14. Tjantek Cafe and Art Bistro

Anda peminat seni? acecehhh dah macam iklan..haha dengar cerita cafe nie mempunyai suasana yang sangat cozy dan penuh kesenian gabungkan pulak dengan makanan yang marvelous.



Address : 46, Jln Besar, 25000 Kuantan

Opening hours : 7.30pm - 1.00pm (Selasa - Khamis)
                         : 7.30pm - 1.00pm (Sabtu - Ahad)


15. Daebak Cafe

Nak amik mood ala-ala dekat Korea boleh lah datang kafe nie. Kafe yang dikatakan friendly dengan customer dan jangan lupa try coffee dekat sini yang daebak!





Address : A275, 2nd floor, Kuantan Star City, Jln Beserah, 25250, Kuantan

Opening hours : 1.00pm - 11.30pm (Isnin)
                         : 8.00pm - 11.30pm (Selasa)
                         : 1.00pm - 11.30pm (Rabu - Jumaat)
                         : 11.00am 11.30pm (Sabtu - Ahad)



Komen dan cadangkan kafe dan restoran yang menarik dekat Kuantan so nanti boleh sambung part 2 pulak;)