Tuesday 18 April 2017

NICE TO MEET YOU, SARAWAK

Heyyy gais!!!

Bersempena dengan satu tahun dah aku posting di Sarawak..so aku plan trip untuk jalan- jalan sekitar Sarawak. Kebetulan kawan dari Semenanjung datang.. so apa lagi,  lets go for a trip!


Survey one place to stay nie memang dah lama cuma tak berpeluang nak pegi lagi.Im so fall in love with the view bila sunset.Sekarang kalau nak carik tempat stay carik lah dekat airbnb..memang recommended sangat2..kalau nak tempat yang aku pegi nie taip je MENDUNG ESCAPE. Nak view cantik atas bukit so memang kena hiking la jawabnya, dalam 700m tapi view memang priceless!!Malam macam taknak tido tengok bintang punya pasal...hehe


jalan nak ke rumah
sunset di mendung escape
















view depan bilik kami








So aku listkan beberapa tempat yang korang boleh pergi bila korang datang Sarawak. Bagi aku kalau itinerari korang boleh organise sendiri ikut kesesuaian masing-masing. Tapi kalau nak itinerari aku boleh email.

1.Taman Negara Bako

Dari Kuching perjalanan dalam 40minit nak ke Taman Negara Bako nie, taip je kat maps nanti dia keluar terus maps sampai carpark. Nak masuk kena bayar rm10 tapi tu tiket masuk je, bayaran bot asing dalam rm35 pergi balik, boleh pilih samada korang nak overnight or balik petang. Korang follow je jadual bot and bot paling last nak ke jetty balik pukul 3pm. Dalam 30minit jugak la atas boat tu sebab dia macam explain serba sedikit pasal ikan belacak (mudskippers) and banyak lagi..

Dah sampai sana, korang akan diberi maps untuk korang pilih route yang mana korang nak. Contoh,nak tengok sea stack route lain, nak tengok monyet proboscis(wajib tengok sbb rare laa) route lain. Time aku pegi half route close sebab  tengah renovation so kurang la pilihan.


menuju ke route  yang kami pilih






2. Kampung Budaya Sarawak

Must visit place la kalau nak ke Sarawak. Pegi Sarawak kalau tak pergi sini memang tak boleh..hehe..dalam 45minit dari Kuching. Di sini lah kalau korang nak tengok rumah etnik di Sarawak, peralatan yang mereka guna and boleh try naik jambatan buluh. Bring your student card kalau korang masih belajar sebab dapat tiket murah. Harga tiket standard dalam rm60.







3.Rumah Terbalik di Sarawak

Tempat yang baru je bukak..time aku pegi still lagi harga promo rm12, standard harga adalah rm15. Yang kat Sarawak nie korang boleh tangkap gambar.. so bergambar lah sepuasnya...






4. Waterfront Kuching

Port lepak paling feveret. Kalau nak carik souvenir boleh carik kat sini dan boleh dapatkan kek lapis, pergi seberang naik perahu jer..hehehe. My favourite part is bila malam ada banyak orang nyanyi kat sepanjang waterfront nie so bolehlah dengar and karok sekali.Spot paling popular untuk bergambar mesti kat tugu kucing...jalan jee dari waterfront ke sini...tak jauh pun..

welcome to sarawak

5. Jong Crocodile Farm

Datang sini korang boleh tengok buaya sampai korang boleh bosan.Terlampau banyak and semua besar-besar. Bagi aku best la untuk orang yang jarang tengok buaya. Buka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga pukul 5.00pm.

pic credit to jongcrocodile.com



6.Pasar Serikin

SYURGA KAIN. Nie lah tempat yang orang kalau yang gila shopping kain memang wajib pergi sini. Kalau pakar dalam tawar-menawar, korang boleh dapat murah. Nasihat aku kalau nak ke sini isi minyak penuh-penuh sebab susah nak jumpa stesen minyak and second kalau boleh datang la awal pagi sebab tempat dia tak berbumbung. Pernah sekali aku datang dalam pukul 12, tak rasa nak shopping pun sebab panas sangat.

credit to tripadvisor

7. Fairy & Wind Cave

Gua ini beroperasi dari pukul 8.30 am hingga ke 4.30 pm dan tiket masuk adalah rm3 untuk dewasa dan rm1.50 untuk kanak-kanak.  Boleh consider dekat dengan pasar serikin jugak gua nie so korang boleh masukkan dalam trip korang masa ke pasar serikin.





Itu sahaja untuk post kali nie. Catch up with all of you soon and please give me suggestion any attractive place that I can go in Sarawak..hehehe...bye gais!
































2 comments:

  1. Salam. Boleh tak kalau awak emailkan saya itinerary utk sarawak dgn jogja trip :) hayaaaaaaati98@gmail.com terima kasih xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...ada iti jogja dalam post terbaru saya...ambik dari situ yea...saya tak simpan iti sarawak saya..nanti saya buat balik saya akan email

      Delete